Wednesday, December 31, 2008

Selamat tinggal 2008

Mase aku tulis blog ni, jam menunjukkan ada 45 minit lagi nak kul 12 pagi. Kiranye aku sedang meniti saat terakhir tahun 2008 ni dengan menulis blog. Nostalgia dan kenangan tahun 2008 ni memang sukar dilupakan, sebabnya inilah tahun pertama aku bergelar “cikgu”, tahun ni juga-lah aku mengamalkan semua ilmu yang aku pelajari selama 4 tahun di UPSI dulu. Malangnye, memang tak cukup ilmu yang diajar disana, sebabnya cikgu di sekolah bukannya seorang pendidik semata-mata-tapi seorang bapa, seorang doktor, seorang motivator, seorang polis, seorang kerani, seorang akauntan dan semua bidang yang ada didunia ni, semua cikgu pegang di sekolah.. contohnye, setiap hari di sekolah aku terpaksa mencatit kehadiran setiap murid di kelasku, kalau mereka sakit atau demam aku yang terpaksa merekod dan yang paling teruk sehingga menelefon keluarga mereka bertanya khabar anak mereka. Pun begitu, jawatanku sebagai guru penasihat PBSM sehingga menjadi doktor setiap kali murid di sekolah mengadu sakit atau luka, minyak cap kapak dan ubat luka sudah berbotol di mejaku sedia untuk digunakan oleh mereka. Tak cukup lagi? aku terpaksa menjadi ‘technician’ setiap komputer sekolah yang rosak, kalau tidak nak mengharapkan siapa lagi?

Rupanye ini kerja seorang cikgu- nak kata gaji tinggi tak lah seberapa, penat itu memang penat, sehingga acap kali aku bertekak dengan ibu ku kerana dia tidak paham apa yang aku lakukan dari pukul 7 pagi hingga 3 petang setiap hari disekolah. Dan memang bukan salah dia kerana dia berkerja kerani di pejabat mengadap komputer sambil duduk walhal aku ni berdiri dan berjalan sepanjang masa di sekolah.

Tahun ini jugak aku telah mengusul hajatku kepada ibu-bapaku untuk menamatkan zaman bujangku ini bersama gadis yang kukenali selama 5 tahun. Alhamdulillah, mereka merestuinya dan sepatutnya kami bertunang pada hujung tahun ini (2008), tapi terpaksa ditunda pada hari perkahwinan kerana sela masa yang terlalu singkat dan ketika itu harga minyak yang sedang memuncak. Apapun, kedua-dua belah keluarga sedang giat mempersiapkan hantaran untuk hari perkahwinan nanti.

Rasanya ini adalah antara nostalgia-nostalgia penting yang telah aku harungi sepanjang 2008 ini serta aku tidak sabar menunggu cabaran tahun 2009 mendatang ini. Go go chaiyok!!

-sopi

2 comments:

KELUARGA SAYA said...

selamat hari guru...sapa kata jadi guru best ? kalau result bagus budak yang pandai, kalau jatuh ghuru tak tau mkengajar. YAng bagus ibubapa yang buruk guru..lantaklah janji 25 hari bulan ada gaji dan aku happy
selamat tahun baru adik-adik berdua.

kur8cobain said...

betul betul betul!!!

Pregnancy development

pregnancy due date