Wednesday, December 31, 2008

Selamat tinggal 2008

Mase aku tulis blog ni, jam menunjukkan ada 45 minit lagi nak kul 12 pagi. Kiranye aku sedang meniti saat terakhir tahun 2008 ni dengan menulis blog. Nostalgia dan kenangan tahun 2008 ni memang sukar dilupakan, sebabnya inilah tahun pertama aku bergelar “cikgu”, tahun ni juga-lah aku mengamalkan semua ilmu yang aku pelajari selama 4 tahun di UPSI dulu. Malangnye, memang tak cukup ilmu yang diajar disana, sebabnya cikgu di sekolah bukannya seorang pendidik semata-mata-tapi seorang bapa, seorang doktor, seorang motivator, seorang polis, seorang kerani, seorang akauntan dan semua bidang yang ada didunia ni, semua cikgu pegang di sekolah.. contohnye, setiap hari di sekolah aku terpaksa mencatit kehadiran setiap murid di kelasku, kalau mereka sakit atau demam aku yang terpaksa merekod dan yang paling teruk sehingga menelefon keluarga mereka bertanya khabar anak mereka. Pun begitu, jawatanku sebagai guru penasihat PBSM sehingga menjadi doktor setiap kali murid di sekolah mengadu sakit atau luka, minyak cap kapak dan ubat luka sudah berbotol di mejaku sedia untuk digunakan oleh mereka. Tak cukup lagi? aku terpaksa menjadi ‘technician’ setiap komputer sekolah yang rosak, kalau tidak nak mengharapkan siapa lagi?

Rupanye ini kerja seorang cikgu- nak kata gaji tinggi tak lah seberapa, penat itu memang penat, sehingga acap kali aku bertekak dengan ibu ku kerana dia tidak paham apa yang aku lakukan dari pukul 7 pagi hingga 3 petang setiap hari disekolah. Dan memang bukan salah dia kerana dia berkerja kerani di pejabat mengadap komputer sambil duduk walhal aku ni berdiri dan berjalan sepanjang masa di sekolah.

Tahun ini jugak aku telah mengusul hajatku kepada ibu-bapaku untuk menamatkan zaman bujangku ini bersama gadis yang kukenali selama 5 tahun. Alhamdulillah, mereka merestuinya dan sepatutnya kami bertunang pada hujung tahun ini (2008), tapi terpaksa ditunda pada hari perkahwinan kerana sela masa yang terlalu singkat dan ketika itu harga minyak yang sedang memuncak. Apapun, kedua-dua belah keluarga sedang giat mempersiapkan hantaran untuk hari perkahwinan nanti.

Rasanya ini adalah antara nostalgia-nostalgia penting yang telah aku harungi sepanjang 2008 ini serta aku tidak sabar menunggu cabaran tahun 2009 mendatang ini. Go go chaiyok!!

-sopi

Tuesday, December 30, 2008

yeah... aku berjaya...

30 dis 2008

hari ni aku sgt2 lega n gembira... sebenarnya time bgn pagi tu aku xar seronok sgt, yelar kena balik johor da pastu result pmr akan kuar. so, mmg ar xbest langusng rasa nyer... berdebar semacam aku mengalahkan bdak2 yg amik exam... al maklum lar, ni lar kali pertama aku jd cikgu n trus diberi cabaran mengajar tingkatan tiga. biasa ar, sek felda yg ulu mcm smk linggiu tu mana ada org nk duk lama2 kat citu. time aku dapat posting ada ar 3org cikgu maths tp bile sek start je 2 org cikgu maths yg senior tu semua pindah.so, tinggal ar aku, ahmar n juni yg baru 3ari jd cikgu n terpaksa mengajar kelas exam tanpa bantuan sape2. main bantai jer. betul ke salah ke kteorg bt je...
so, kalo nak diikutkan aku mmg takut gler ar nak menghadapi hari ni... yelar kalo nk dibandingkan result percubaan 6 org jer dpt C n D...yg lain semua fail... mmg pengetua pun risau dgn aku time tu... yelar nak maintain anugerah Sek Felda Terbaik PMR Johor bukan senang...
tapi, semua usaha aku berbaloi.... sekolah aku still jd Sekolah Felda Terbaik PMR Johor... n yang paling membanggakan aku sekali subjek math just 3org jer yg fail... peratus kelulusan 94.4%... mmg sgt tinggi!!!!! aku bangga dgn bdak2 tu... wpun 4org jer dpt A. tapi aku ttp lega sbb aku xjatuhkan result tp aku naikkan result.hahahahahaha... tp thn dpn aku kena usaha lebih lg sbb at least kena maitain result tu...
ape2 pun, aku makin bersemangat skrang....actually aku SANGAT BERSEMANGAT.... xsabar nk tgg thn dpn sbb aku tahu ada byk kegembiraan yg menanti aku... terutamanye majlis pernikahan n perkahwinan aku n sopi... harap2 aku lebih berjaya lagi... tp sebelum tu kena kuruskan badan... nnt senget lak pelamin aku... hahahahahahaha...

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram

awalposter

Langkawi’s Photo Gallery

10:37 pm - Sbrnye tengah takde keje..so cari-cari keje nak buat masa lapang ni..sara plak tengah lipat kain kat rumah dia,kene la tunggu dia habis lipat kain baru dapt sembang ngan dia, gatal2 tangan plak nak tulis blog..

Anyway, ni gambo-gambo yang cantik n dah edited dengan photoshop (photographer pro pun pakai photoshop,cume dorang tak ngaku je  ). Tujuannye supaya kita menghayati kejadian alam dan fauna ciptaan Allah yang maha agung ni..

Allahuakhbar

teratai bunga indah Gunung Pancaran matahari Air Terjun

-sopi

Tuesday, December 23, 2008

Marusa’s Projet 2008: Langkawi

Marusa?? marusa tu ape? haiwan kaki empat ke??….. marusa tu name spesis cikgu-cikgu IT UPSI yang tinggal serumah di Taman Slim, Tanjung malim. Nak tau sejarah marusa? klik sini..  Marusa Team (kredit tu akil).

Jadi pada 18hb Dis 2008 bermula perjalanan team marusa ke langkawi, ajib n razi (dari johor) yang telah bermalam di rumah azizi (teluk intan) bertolak ke kuala kangsar iaitu rumah akil. Aku plak dari ipoh  dan awe dari pahang pun ke rumah akil. Maksudnye semua berkumpul di rumah akil kecuali wan yang duk kat perlis tuh.

Sempat gak berposing di rumah akil

IMG_1090

Dari kiri : Razi,Akil,Aku,Awe,Ajib,Azizi

Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke rumah wan di perlis, dalam 4 jam perjalanan le jugak dari kuala tuh, dan sampai di rumah dia dalam kul 7 petang. Pastu masing2 dah penat dan terus tido malam tu…

Hari ke-2

Bertolak ke jeti kuala perlis dalam pukul 6 pagi sebab nak kejar tikut feri kul 7 tu. last-last dapat tiket kul 8 pagi,hahaha…apepun pas sampai di langkawi kami terus mencari hotel di pantai chenang..   

IMG_1196 IMG_1209
IMG_1263 IMG_1305
IMG_1278  

Hari ke -3

Bangun awal-awal pagi dan pergi ke langkawi cable car- sampai ke kaunter tiket rupenye operasi cable car ke stop sekejap sebab angin kat atas sana kuat..so kitaorang g ke telaga tujuh

  

DSC_0054 DSC_0056
DSC_0065 DSC_0071

Dalam kul 2 petang, angin di atas gunung cable car dah berkurangan jadi kami pun patah balik ke park yang ada cable car tuh… lepas beli tiket berbaris selama sejam kut..tak caya? tgk gambar betapa sesaknye barisan di sana

DSC_0086 DSC_0089

dah sampai atas tu, sempat gak la bergambar walaupun muke masing2 pucat lesi sebab gayat naik cable car

 

DSC_0107 DSC_0137
DSC_0141 DSC_0167

Hari ke 4

Aktiviti naik bot ke pulau-pulau area langkawi sambil sunburning kulit sendiri…

    DSC_0228

DSC_0219 DSC_0232 DSC_0222

Lepas kepenatan pusing-pusing pulau, akhirnya untuk mengisi slot sebelum balik ke perlis, kami pun pergi window shopping di pekan kuah

Hari ke 5

Masing-masing bersiap dan balik meninggalkan perlis pukul 9 pagi dan sampai ke kuala kangsar dalam pukul 2 petang..tu pun kat kuala sekejap je sebab masing2 dah penat nak balik rumah…

Perjalanan ni memang menyeronokkan sebab pertamanye baru dapat gaji, n keduanye sebab dah setahun setengah team marusa tak berkumpul bersama mcam ni..

-sopi

Saturday, December 13, 2008

Selamat Kembali Mem’BLOG’

Dah lame tak tulis blog, rasenye dah 2 minggu tak tulis blog ni. Bukan ape, komputer ni baru je format dan terus install Vista 64bit. So, semua program hilang, termasuk le editor blog yang slalu pakai ni (Windows Live Writer).

Apapun, keep on coming ke blog ni sebabnya pada masa akan datang ada cerita pasal dewan yang akan kami tempah untuk perkahwinan kami dan trip ke langkawi (starting 18hb-20hb) bersama kengkawan serumah mase UPSI dulu. Oh ye, ada lagi cerita tambahan sebab sara akan berlepas ke indonesia untuk bercuti bersama keluarga pada 16hb Dec ni, harap dia bawak le kamera dia sekali untuk post dalam blog ni (hahaha). Hmm, cerita pasal indonesia ni teringin gak nak pergi. Terutamanya ke Bandung, huhu, jgn pikir membukan, sebab dengar cerita kat sana barang untuk kamera (lens,flash,tripod) murah-murah. Kene suruh sara survey harga dulu!..

Eh, panjang plak aku menulis ni, ingatkan mula tadi nak tulis pendek je… apepun… bye-bye!!

-sopi

Wednesday, December 3, 2008

kursus kahwin

setelah pening memikirkan bile kami perlu g kursus sbb kami nk g kursus ni bersama. akhirnya, pada 29 dan 30 nov yg lepas kami dapat g gak kursus kawen. kteorg kursus kt ipoh, penat gak lar mendgr time kursus ni... macam xsangka jer, kteorg g kursus ni. yelar, time kat UPSI dulu ada jer kursus kawen tapi kteorg xeran pun nk g. konon2 nyer nk kawen lambat lg so xyah g kursus kawen lagi. hahahahaha... tup...tup... br setahun keje trus nk kawen.

anyway, byk gak ilmu yang kteorg dapat. hopefully semua ilmu 2 berguna utk kehidupan kami nnt. byk sungguh tanggungjawab yg menanti kami berdua kelak.aku harap sgt kteorg mampu harungi fasa br dalam kehidupan nnt. yelar, pas kawen nnt aku kat johor n cik abg sygku lak kat ipoh. terpisah beratus kilometer...hahahaha... jiwang lak...

ok lar, byk lagi benda lum prepare utk majlis kami nnt. so, hopefully everything will be run smoothly 4 us... bye...

Friday, November 21, 2008

Bukit Kledang

22 Nov 2008 - Ku baru balik dari Bukit kledang yang memenatkan. Pendakian yang memakan masa 3 jam naik dan turun yang bermula pada pukul 8 pagi setelah sesat jalan dan berakhir pada 11 pagi. Ikutilah kisah kami...

 

Sesi Naik bukit

Mula2 perjalanan

Mula-mula naik bukit, muke kami penuh ceria

Membawa nasi lemak

 

 

 

Dah mule penat tu... sebenarnye penat, tapi nak masuk blog punye pasal, muke mesti maintain

 

 

 

Sesi Puncak

Setelah mendaki selama 40 minit.... akhirnye kami sampai ke puncaknya

Ipoh dari Bukit kledang Ipoh dari Bukit kledang 2
Mahaguru hafiz memberi syarahan bergambar dengan pokok esotik

Sesi bergambar ketika di puncak

terkena gangguan gelombang daripada pemancar

Ini lah akibatnya kalau terkena gangguan gelombang daripada pemancar telekomunikasi yang berdekatan

Sesi Turun Bukit

Ini la Shortcut!! Cerun tul
Ini la Shortcut!! Bukit Batu

Masa turun bukit la masa paling perit sekali, tak caya?? tgk gambo di bawah..

Ketaq lutut

 

 

 

 

"Ketaq lutut aku!!!, tobat tak naik dah pasni"  -Amin

 

 

 

 

 

 

Akhirnya setelah mengikut jalan shortcut yang diwarwarkan oleh Wan, perjalanan kami lebih jauh daripada yang sepatutnya..apapun alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke kaki bukit..

Tuesday, November 18, 2008

cuti...cuti...cuti...

nk g holiday!!!!!penat ar cuti tp asyik duk umah.... da ar kena decorate brg utk kawen nnt. kawen aku lmbt lg tp da kena bt prepareration dr skrang... naik tebal kulit jari aku sbb asyik kena glue gun... tp xpe ar, aku gak yg nk kawen nnt... byk gak yg aku da bt... hahahaha... br 100 lbh... seribu lbh lg yg menanti... sabar je la.... cuti yg penat... bie cpt ar dtg cni...

Saturday, November 15, 2008

Padang Sultan Azlan Shah

Pada pagi 16 hb Nov 2008, kami berdua telah pergi berdating di Padang Polo untuk menangkap gambo sebelum sara balik ke Port Dickson. Malangnya, cuaca terlalu panas sehingga kami berdua tak mampu untuk membuat 1 pusingan mengelilingi Padang Polo tu. Maka, keluarlah muka-muka boring kami...

DSC_0013 DSC_0010  DSC_0009  DSC_0008 DSC_0011

 

Lepas tu sara terkejut kerana sopi sudah pandai mengapungkan diri sendiri di udara!! Terkejut?? saksikan gambar dibawah..

DSC_0022 CSC_0026

 

Menarik kan?? selepas sopi meditasi dating selama 10 minit, semua masalah yang menyelubungi dirinya telah hilang. Ini membuatkan dia dapat mengumpulkan segala tenaga cakra yang tersimpan didalam badannya untuk mengapungkan diri sendiri

-sopi

Happy Besday To Me!!

Present1

Tup-tup,, dah 24 tahun aku ni, macam sekejap je hidup ni bila dah umo meningkat. Apapun terima kasih kepada bebudak kelas yang aku jaga ni kerana mempelawa aku ke jamuan kelas mereka. Rupanye mereka dah siap bawa kek ke KFC (tempat jamuan) untuk meraikan besday aku nih. Apa lg, riuh rendah le KFC tuh, dah macam SMK Seri Ipoh dibuatnye.

Besdaycollage

Banyak gak gambo yang aku tangkap semasa jamuan tu walaupun aku yang sepatutnye sibuk meraikan besday aku. Tapi apapun, mase ni le baru terfikir balik keseronokan menjadi cikgu nih, rupanye kesabaran, kesungguhan seseorang guru bukan dibalas serta merta, tapi lambat. Jadi para cikgu sekalian, jangan le cepat kecewa apabila mengajo ngan bebudak nih, sebabnya hasil tuaian tak akan keluar dalam masa sehari..

Thursday, November 13, 2008

Flashback: Merisik

Port Dickson, N9 (15 Mac 2008)

 

Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka.
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Singgah berenang di persiraman,
Mayang terdedah didalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih
 
 
Pantun diatas adalah pantun klasik melayu semasa upacara adat meminang. Ironinya, pantun tersebut meperlihatkan betapa rindu dan mahunya kumbang kepada taman. Pada rangkap pantun yang pertama pula bermaksud selalunya dalam adat merisik, itulah kali pertama perjumpaan di antara kedua keluarga teruna dan dara…. (cheewah,..ahaks)
 
 
“Biar mati anak, jangan mati adat..”
So, disebabkan aku taknak kene tikam ngan parents aku, terpakse le ikut adat.. (iyelah tu,dol). Maka rombongan merisik dari ipoh bertolak ke Port Dickson pada 14hb Mac dengan hanya satu kereta viva je. Sampai PD, kami sempat sembahyang jumaat di Masjid Lukut,PD. Pastu check in apartment di tepi laut
 
SNV30759
Pemandangan laut dari bilik apartment
 
Keesokkanya baru le kami bertolak ke rumah sara untuk menyarung cincin, dan memberikan sedikit hantaran kepada family sara. Macam biasa, parents kitaorang pun berbincang pasal hari pertunangan,hari perkahwinan, mas kawin n hantaran skali..
 



 
Apa yang dibincangkan masa merisik tu tak boleh la ditulis kat sini, pada kami biarlah disimpan rahsia. Macamana pun, kedua-dua belah nak buat kecil-kecilan aje, maklum le mase tu harga minyak tengah melambung tinggi…
 
Anyway, itu jelah kisah merisik kami..tak lame pun sebab tengahari 15hb Mac tu kami dah bertolak balik ke Ipoh.
 
Harapannya agar semua persediaan perkahwinan kami berjalan lancar tanpa gangguan (Duit kering pun gangguan gak,kan?)…
-sopi
 

Wednesday, November 12, 2008

Cucu Jiran Sebelah Rumah

Penat!!  atau dalam bahasa nogorinye, "ponet".. Itule yang menggambarkan keadaan diriku seminggu ni, sejak bergelar Timbalan Ketua Pengawas SPM ni, aku kene keluar rumah tepat kul 6.30 pagi sebab nak sampai ke bilik kebal jam 7.00 pagi, balik rumah plak dalam kul 5.30 petang sebab kene hantar skrip jawapan ke pejabat POS.

Kalau nak ikutkan, memang ada pengawas bawah kita, tapi faham-faham le dorang lagi tua, susah jugak nak berkerjasama ngan kita yang muda nih. Tambah lagi, ada yang kuat memonteng, tiap-tiap ari ada je alasan dia nak cabut balik-yang peliknye datang ke sekolah pun lambat, kul 7.50!!-sama dengan masa calon masuk dewan. Takpe le, nanti kite sediakan satu meja kosong bagi dia repeat SPM dia balik..

Masa balik ke rumah petang tadi, aku nampak jiran sebelah rumahku yang seronok bermain dengan cucunya yang baru berumur setahun lebih. Comel sungguh gaya dan telatah dia bermain..aku pun tangkap le gambo cucunye tu...

DSC_0008





Gambar mase didukung oleh Opahnye

DSC_0028




Gambar sebelum dia menangis (takut dengan kamera rupenye)

DSC_0022




Time aku jauh sikit berani pulak dia posing..budak2 katakan

DSC_0014



Ada hati nak ambik bunga kat atas pokok tu

 

Lepas aku tangkap gambar, aku print gambo cucunye kat printer rumah..cantik gak, aku pun potong elok2 pastu bagi pada opah dia..bergumbiralah hati orang tua tu...kah lah.

Moral of the story: Aku mase kecik dulu opah aku sayang kat aku mcm tu jugak, rupanya kasih sayang opah ni lagi best sebab lain dari kasih sayang ibu n ayah...

Pregnancy development

pregnancy due date