Port Dickson, N9 (15 Mac 2008)
Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka.
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka
Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Singgah berenang di persiraman,
Mayang terdedah didalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih
Mayang terdedah didalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih
Pantun diatas adalah pantun klasik melayu semasa upacara adat meminang. Ironinya, pantun tersebut meperlihatkan betapa rindu dan mahunya kumbang kepada taman. Pada rangkap pantun yang pertama pula bermaksud selalunya dalam adat merisik, itulah kali pertama perjumpaan di antara kedua keluarga teruna dan dara…. (cheewah,..ahaks)
“Biar mati anak, jangan mati adat..”
So, disebabkan aku taknak kene tikam ngan parents aku, terpakse le ikut adat.. (iyelah tu,dol). Maka rombongan merisik dari ipoh bertolak ke Port Dickson pada 14hb Mac dengan hanya satu kereta viva je. Sampai PD, kami sempat sembahyang jumaat di Masjid Lukut,PD. Pastu check in apartment di tepi laut
Pemandangan laut dari bilik apartment
Apa yang dibincangkan masa merisik tu tak boleh la ditulis kat sini, pada kami biarlah disimpan rahsia. Macamana pun, kedua-dua belah nak buat kecil-kecilan aje, maklum le mase tu harga minyak tengah melambung tinggi…
Anyway, itu jelah kisah merisik kami..tak lame pun sebab tengahari 15hb Mac tu kami dah bertolak balik ke Ipoh.
Harapannya agar semua persediaan perkahwinan kami berjalan lancar tanpa gangguan (Duit kering pun gangguan gak,kan?)…
-sopi
No comments:
Post a Comment